
BUKIT MERTAJAM, 25 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan pengebumian allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim.
- Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan pengebumian abangnya.
- Beliau merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Cherok Tokun dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan.
- Allahyarham dikebumikan pada 2.50 petang dengan bacaan talkin oleh Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Cherok Tokun serta rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan.
“Terima kasih kepada semua yang membantu, khususnya penduduk Kampung Cherok Tokun serta rakan-rakan yang hadir. Terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian abangnya Idrus Ibrahim di Tanah Perkuburan Cherok Tokun Bawah di sini.
Allahyarham Idrus Ibrahim dikebumikan pada 2.50 petang dan bacaan talkin disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah, Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom.