
KUANTAN, 24 September – Sebanyak 50 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang dalam Op Gempur (KBP) membabitkan kenderaan perdagangan di sekitar Kuantan, semalam.
- Operasi dilaksanakan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang melibatkan laluan utama seperti Jalan Pintasan Gebeng-Gambang, Jabor-MCKIP-Sungai Ular, Pelabuhan Kuantan-Gebeng dan Permatang Badak.
- Penguatkuasaan mengeluarkan 27 notis P22, lapan notis bawah Seksyen 61(1) dan PG(1), enam notis Seksyen 63(1) serta satu notis lain.
- JPJ akan meneruskan operasi dan mengingatkan pengusaha serta pemandu supaya memastikan kenderaan dan dokumen mematuhi syarat sebelum memulakan perjalanan.
JPJ Negeri Pahang dalam kenyataan berkata, operasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu melibatkan beberapa laluan utama termasuk Jalan Pintasan Gebeng-Gambang, Jalan Pintasan Jabor (MCKIP)-Sungai Ular, Jalan Pelabuhan Kuantan-Gebeng dan Jalan Permatang Badak.
Daripada jumlah itu, 27 Notis Saman P22 dikeluarkan, diikuti 8 notis masing-masing di bawah Seksyen 61(1) dan kesalahan teknikal PG(1), enam notis Seksyen 63(1) serta satu notis bagi kesalahan lain.
JPJ Negeri Pahang akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta berada dalam keadaan selamat ketika berada di jalan raya.
“Pengusaha serta pemandu diingatkan supaya memastikan kenderaan dan dokumen berkaitan sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum memulakan perjalanan”, menurut kenyataan itu