Pakistan sahkan serangan udara ke atas Afghanistan

Attaullah Tarar/ AFP

KABUL, 24 September- Pakistan melancarkan serangan udara dan dron ke atas 10 lokasi di Afghanistan termasuk bandar Kandahar ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Penerangan Attaullah Tarar mengesahkan serangan, menyifatkannya terancang, tepat dan terhad kepada sasaran ketenteraan.
  • PBB melaporkan serangan sebelumnya mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang awam.
  • Pakistan menuduh Kerajaan Taliban membenarkan kumpulan termasuk TTP beroperasi dari Afghanistan; Afghanistan menafikan tuduhan tersebut.

Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar mengesahkan perkara itu pada Khamis.

“Serangan itu terancang, tepat dan terhad kepada sasaran ketenteraan yang dikenal pasti,” katanya menerusi platform X.

Serangan terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas serangan Pakistan di timur Afghanistan yang menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang awam.

Pakistan menuduh Kerajaan Taliban membenarkan beberapa kumpulan termasuk Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), menggunakan wilayah Afghanistan untuk melancarkan serangan.

Namun tuduhan itu dinafikan pihak Afghanistan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.