Permintaan perjalanan melonjak, Malaysia Airlines terus “tawan” pasaran China

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 September – Malaysia Airlines terus memperkukuh rangkaiannya di China susulan peningkatan permintaan perjalanan antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Separuh pertama 2026 bawa lebih 600,000 penumpang ke China, peningkatan 27 peratus dan faktor muatan purata 84 peratus.
  • Rangkaian kini merangkumi sembilan pintu masuk China; penerbangan harian ke Chengdu dipulihkan dan perkhidmatan baharu ke Shenzhen serta Changsha.
  • Tiga MoU dengan Huawei, Weixin Pay dan TravelSky tingkatkan capaian digital, penglibatan pelanggan dan saluran tempahan bagi pengguna China.

Dalam separuh pertama 2026, syarikat penerbangan itu membawa lebih 600,000 penumpang bagi perkhidmatan ke China, meningkat 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan faktor muatan purata 84 peratus.

Bagi tempoh cuti Golden Week dari 26 September hingga 11 Oktober ini, Malaysia Airlines menjangkakan lebih 52,000 penumpang menggunakan rangkaiannya ke dan dari China, meningkat 21 peratus tahun ke tahun.

Menerusi kenyataan Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan, China kekal sebagai antara pasaran pertumbuhan utama syarikat dengan Malaysia Airlines kini mengendalikan penerbangan ke sembilan pintu masuk di negara itu.

“Sepanjang 2026, penerbangan harian ke Chengdu telah dipulihkan, selain perkhidmatan baharu ke Shenzhen dan Changsha.

“Rangkaian itu melengkapi laluan sedia ada ke Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Hong Kong dan Taipei,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU)dengan Huawei, Weixin Pay dan TravelSky Technology Limited bagi memperluas capaian digitalnya di China.

“Kerjasama itu memberi tumpuan kepada platform digital, penglibatan pelanggan dan saluran tempahan bagi memudahkan pengguna China mencari, menempah serta mengurus perjalanan menggunakan platform yang biasa digunakan di negara berkenaan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.