DUN Melaka bubar pada Rabu

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam/Foto DS Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 22 September – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • DUN Melaka akan dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-16.
  • Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka.
  • Kerajaan negeri akan terus melaksanakan tugas sebagai kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk.
  • Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perlembagaan Negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Ab Rauf berkata, pembubaran DUN tidak bermakna urusan pentadbiran kerajaan negeri terhenti.

Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai Kerajaan Sementara (Caretaker Government) sehingga sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan selepas pembubaran, pilihan raya umum negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perlembagaan Negeri Melaka.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.