
WASHINGTON, 19 September – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menandatangani rang undang-undang sekatan terhadap Rusia menjadi undang-undang, menurut Rumah Putih.
- Dinamakan "Lindsey O. Graham Sanctioning Russia and Iran Act of 2026" sebagai penghormatan kepada mendiang Senator Lindsey Graham.
- Diluluskan Dewan Perwakilan pada Rabu.
- Diluluskan oleh Senat bulan lalu dengan undian 86-11 dan sokongan kukuh daripada kedua-dua parti.
- Memperuntukkan sekatan primer dan sekunder terhadap Rusia, menyasarkan pegawai, oligarki, bank dan memberi kuasa untuk tarif terhadap pembeli minyak Rusia atau yang membantu elak sekatan.
Pada Rabu, Dewan Perwakilan AS meluluskan “Lindsey O. Graham Sanctioning Russia and Iran Act of 2026”, yang dinamakan sebagai penghormatan kepada mendiang Senator Lindsey Graham.
Rang undang-undang itu sebelum ini diluluskan Senat bulan lepas dengan undian 86-11 dan mendapat sokongan kukuh daripada kedua-dua parti.
Undang-undang berkenaan memperuntukkan sekatan primer dan sekunder terhadap Rusia serta pihak yang menyokong perang di Ukraine.
Sekatan itu menyasarkan pegawai Rusia, golongan oligarki dan ahli keluarga mereka, individu asing serta bank dan institusi kewangan Rusia.
Undang-undang berkenaan turut memberi kuasa kepada presiden untuk mengenakan tarif bersasar terhadap barangan import dari negara yang membeli sebahagian besar minyak atau gas Rusia, selain negara yang membantu Rusia mengelak sekatan. – BERNAMA-ANADOLU