NAFAS selesai agih 50,363 tan baja padi di Kedah

Foto FB Pertubuhan Peladang Kebangsaan – NAFAS

ALOR SETAR, 17 September – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah selesai mengagihkan baja subsidi bagi Musim 1/2026 kepada pesawah di seluruh Kedah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengagihan melibatkan 50,363.61 tan metrik baja (Baja Padi 1, Urea, NPK Tambahan) untuk kawasan seluas 94,017 hektar.
  • Pengagihan dibuat berdasarkan pesanan rasmi kerajaan melalui rangkaian pengedar dan stokis Pertubuhan Peladang Kawasan.
  • NAFAS kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Musim 2/2026.
  • Kesiapsiagaan disokong oleh MNFSB (kapasiti 360,000 tan setahun), stok penimbal 30,000 hingga 40,000 tan dan rangkaian logistik PPK.

Pengagihan itu merangkumi 50,363.61 tan metrik Baja Padi 1, Urea serta Baja Sebatian (NPK Tambahan) atau Padi 3 untuk kawasan tanaman seluas 94,017 hektar.

Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin berkata, pengagihan dibuat berdasarkan pesanan rasmi kerajaan menerusi rangkaian pengedar dan stokis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Susulan penyelesaian agihan Musim 1, NAFAS kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Musim 2/2026.

Setakat 14 September lalu, sebanyak 2,216 tan metrik baja telah dihantar daripada keseluruhan 9,149.70 tan metrik pesanan awal yang diterima, iaitu kira-kira 24 peratus.

Kadar berkenaan merupakan penghantaran secara berfasa mengikut jadual taburan sawah dan bukan disebabkan kekangan bekalan.

Beliau turut menegaskan, keselamatan bekalan input pertanian negara kekal terjamin di bawah kawalan pengurusan NAFAS.

Kesiapsiagaan NAFAS disokong oleh ekosistem perkilangan dan inventori yang teguh melalui anak syarikatnya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) di Gurun, Kedah yang mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 360,000 tan metrik setahun.

Selain itu, NAFAS mempunyai stok penimbal antara 30,000 hingga 40,000 tan metrik pada satu-satu masa bagi menghadapi sebarang lonjakan permintaan, serta rangkaian pengagihan bersepadu yang disokong kemudahan gudang strategik dan rangkaian logistik PPK bagi memastikan bekalan dapat disalurkan terus kepada pesawah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.