Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan

Foto FB Zahid Hamidi

JAKARTA, 17 September – Malaysia bersedia menggerakkan 52 anggota bersama sebuah pesawat amfibi Bombardier CL-415MP dan tiga helikopter bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aset dan anggota berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, tertakluk kepada persetujuan serta keperluan kerajaan Indonesia.
  • Perbincangan dengan Naib Presiden tumpu isu kebakaran hutan, jerebu rentas sempadan dan pengukuhan kerjasama bencana.
  • Indonesia membenarkan penggunaan ruang udara sempadan Kalimantan untuk pelaksanaan operasi pembenihan awan Malaysia.
  • Kedua negara setuju memperbaharui MoU 1997, merangkumi SAR, latihan bersama, pertukaran kepakaran dan perkongsian maklumat amaran awal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aset dan anggota berkenaan kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, tertakluk kepada persetujuan serta keperluan kerajaan Indonesia.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau kepada Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, di sini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut memberi tumpuan kepada isu kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan, selain usaha memperkukuh kerjasama pengurusan bencana antara kedua-dua negara.

“Malaysia tidak berhasrat untuk campur dalam hal ehwal Indonesia, tetapi kami berhasrat untuk membantu supaya masalah jerebu yang dihadapi, khusnya oleh Sarawak dapat diselesaikan dengan segera.

“Kami juga akan terus membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengn Indonesia melalui langkah-langkah diplomatik yang khusus berkaitan masalah yang berlaku setiap tahun ini,” katanya.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, isu jerebu perlu ditangani secara lebih tersusun dan menyeluruh menerusi langkah pencegahan awal, perkongsian maklumat serta penyelarasan operasi.

Malaysia turut menghargai langkah Indonesia menambah 1,500 anggota Tentera Nasional Indonesia bagi membantu menangani kebakaran hutan, serta persetujuan Indonesia membenarkan penggunaan ruang udara di kawasan sempadan Kalimantan bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) oleh Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.