UMNO perkasa pendekatan digital dalam penerangan parti

Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 9 September – UMNO akan memperkukuh pendekatan digital dalam strategi penerangan parti bagi memastikan penyampaian maklumat politik terus relevan, berimpak dan seiring dengan evolusi landskap komunikasi semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Strategi penerangan UMNO beralih dari kaedah tradisional kepada penghantaran maklumat lebih pantas dan berkesan melalui platform digital.
  • Latihan penerangan digital diperkasa termasuk pendedahan algoritma dan analisis aliran trafik di platform digital.
  • Memperkenalkan AIRA, alat AI untuk membantu maklumat calon BN, manifesto, polisi, isu semasa dan program bantuan awam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, strategi penerangan parti itu tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah tradisional, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian lebih pantas dan berkesan menerusi platform digital.

Ke arah itu, latihan berkaitan penerangan digital akan diperkasa termasuk pendedahan mengenai algoritma dan aliran trafik di platform digital.

“Kita tahu sejarah UMNO, parti ini sangat tradisional. Jadi sekarang dengan adanya pendekatan-pendekatan baharu, keahlian baru terutamanya dari pemuda dan puteri termasuklah wanita UMNO.

“Kita ingin pastikan yang jentera kita seiring dengan perkembangan platform digital. Sekarang telefon bimbit antara medium utama komunikasi. Jadi medium yang sama juga seharusnya menjadi saluran komunikasi politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Datuk Seri Anzalina berkata parti itu akan menggalakkan lagi penghasilan kandungan digital termasuk infografik dan bahan kreatif sebagai pendekatan baharu dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Dalam perkembangan lain, UMNO memperkenalkan Artificial Intelligence Right Assistance (AIRA) bagi membantu memberikan maklumat berkaitan senarai calon Barisan Nasional (BN), manifesto, polisi, isu semasa dan program bantuan awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.