
KUCHING, 7 Sept – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan kendiri di Padawan, pagi tadi.
- Mangsa dikenali sebagai Phighur Hardy Anton, 67 tahun.
- Difahamkan mangsa dalam perjalanan ke Jalan Haji Baki kira-kira jam 6 pagi.
- Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan lalu motosikal terbabas ke bahu jalan kiri.
- Mangsa tercampak, mengalami kecederaan parah pada badan dan muka serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa, Phighur Hardy Anton, 67, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Jalan Haji Baki ketika kejadian pada kira-kira 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri.
“Akibat rempuhan, mangsa tercampak dari motosikal dan mengalami kecederaan parah pada badan serta muka.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita RTM.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.