
SEREMBAN, 2 September – Semua penjaja termasuk pengusaha ‘food truck’ di Negeri Sembilan dikecualikan daripada bayaran lesen penjaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selama setahun, bermula 1 Januari 2027.
- Pengecualian tertakluk kepada syarat seperti tidak menghalang lalu lintas dan menjaga kebersihan.
- Hanya melibatkan bayaran lesen, manakala caj lain seperti permit dan perkhidmatan kebersihan masih perlu dibayar.
- Inisiatif kerajaan negeri bertujuan mengurangkan kos perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim ketika memaklumkan perkara itu menjelaskan pengecualian berkenaan, bagaimanapun tertakluk kepada syarat ditetapkan antaranya tidak menghalang lalu lintas dan laluan pejalan kaki serta menjaga kebersihan.
“Pengecualian hanya melibatkan bayaran lesen, manakala caj lain seperti permit dan kebersihan masih perlu dibayar,”katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri.
Inisiatif yang dilaksana kerajaan negeri, katanya bertujuan mengurangkan kos perniagaan yang ditanggung golongan penjaja dan peniaga kecil.