Majlis perkahwinan bertukar tragedi, empat maut dalam serangan AS di Iran

Majlis perkahwinan bertukar tragedi selepas sebuah rumah di Sirik, Iran, terkena serpihan peluru berpandu/Foto REUTERS + VIORY

TEHRAN, 2 September –Majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila empat orang termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala lebih 50 lagi cedera dalam serangan Amerika Syarikat di Kuhestak, Sirik, selatan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serpihan peluru berpandu mengenai sebuah rumah majlis perkahwinan, menurut Bulan Sabit Merah Iran.
  • CENTCOM mengesahkan serangan baru terhadap sasaran Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC.
  • CENTCOM dakwa serangan susulan cubaan IRGC menyerang kapal komersial dan anggota tentera AS; Iran berikrar untuk membalas.

Menurut Bulan Sabit Merah Iran, mangsa terjejas selepas serpihan peluru berpandu mengenai sebuah rumah yang menjadi lokasi majlis berkenaan.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan serangan baharu terhadap sasaran Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, (IRGC)

CENTCOM mendakwa serangan itu susulan cubaan IRGC menyerang kapal komersial di Selat Hormuz serta anggota tentera AS di rantau berkenaan.

Iran sebelum ini berikrar untuk membalas serangan terbaharu Washington.

Pertempuran itu menandakan peningkatan ketegangan terbaharu selepas lebih sebulan keadaan relatif tenang antara Washington dan Tehran.

Pada Ahad, tentera AS turut menyerang sasaran di Pulau Larak sebelum Iran melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan yang menempatkan tentera AS di Jordan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.