Pemberian elaun prauniversiti reformasi penting pendidikan negara

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek / Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos – Pemberian elaun kepada pelajar prauniversiti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai antara reformasi penting dalam pendidikan negara khususnya bagi menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elaun prauniversiti dianggap reformasi penting untuk menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti.
  • Usaha pemberian elaun diperjuangkan sejak kepimpinan Fadhlina di Kementerian Pendidikan.
  • Elaun dijangka direalisasikan menerusi Belanjawan 2027 selepas peruntukan khas diluluskan.
  • Menteri menghargai inisiatif itu dan percaya ia akan memartabatkan pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata usaha berkenaan diperjuangkan sejak beliau mula menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).

“Alhamdulillah, untuk bajet kali ini, ia akan menjadi kenyataan.Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana ini adalah antara reformasi penting dalam pendidikan, khususnya untuk menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Dengan memberikan elaun ini, kita juga dapat memartabatkan pendidikan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun di sini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar berkata kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan khas bagi pemberian elaun kepada pelajar prauniversiti di seluruh negara yang dijadual dibentangkan menerusi Belanjawan 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.