3,000 Jalur Gemilang diedar sekitar Perlis, semarak Hari Kebangsaan

3,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk sekitar Kangar

KANGAR, 23 Ogos– Semangat patriotik terus disemarakkan apabila 3,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk sekitar Kangar serta peniaga dan pengunjung Pasar Pagi Pekan Cina dan Nat Behor Lateh serta dari rumah ke rumah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar bersama GBBM dan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia menganjurkan penyerahan Jalur Gemilang.
  • Program menggalakkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mengibarkan Jalur Gemilang demi semangat cinta dan kebanggaan terhadap negara.
  • Masyarakat diseru mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan kenderaan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pengerusi Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar, Mohd Jeffry Hassan berkata, program berkenaan hasil inisiatif Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia.

Ia bagi menggalakkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum untuk mengibarkan Jalur Gemilang serta menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan rakyat, khususnya penduduk di sekitar Parlimen Kangar.

”Pengibaran Jalur Gemilang merupakan simbol kecintaan rakyat terhadap tanah air dan semangat kebersamaan dalam meraikan bulan kemerdekaan.

“Kita mahu semangat Merdeka ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat, walaupun hanya sehelai bendera, ia membawa makna besar sebagai tanda kecintaan kita kepada Malaysia serta menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sejak 69 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penyerahan Jalur Gemilang sekitar Pasar Pagi Pekan Cina, Nat Behor Lateh serta rumah penduduk sekitar Kayang bersama 30 sukarelawan di sini.

Dalam pada itu semua masyarakat tanpa mengira kaum diseru supaya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan kenderaan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap usaha menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.