Gempa bumi 5.9 gegar pantai timur Honshu

Gambar Hiasan

TOKYO, 23 Ogos – Gempa bumi bermagnitud 5.9 dilapor melanda pesisir pantai timur pulau Honshu, Jepun pada pukul 2 pagi Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi Meteorologi Jepun mengesan pusat gempa kira-kira 70 kilometer di bawah selatan Wilayah Ibaraki.
  • Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian.
  • Gegaran dirasai di Tokyo, Ibaraki, Saitama dan Chiba menurut laporan media.
  • Gangguan kecil termasuk bekalan elektrik terjejas dan paip pecah; tiada korban dan loji nuklear disahkan selamat.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa tersebut dikesan pada kedalaman kira-kira 70 kilometer di bawah kawasan selatan Wilayah Ibaraki.

Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian berkenaan.

Media melaporkan gegaran direkodkan di beberapa bahagian wilayah Tokyo, Ibaraki, Saitama dan Chiba.

Turut berlaku sedikit gangguan bekalan elektrik terhadap sebilangan kecil kediaman serta kejadian paip air pecah di Tokyo.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan loji nuklear disahkan selamat.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.