Jamal Musiala diserang sawan buat kali kedua

Bayern Munich, Jamal Musiala rebah selama 6 minit ketika aksi persahabatan menentang RB Leipzig di Allianz Arena, Munich/Foto REUTERS

JERMAN, 19 Ogos – Bintang Bayern Munich, Jamal Musiala diserang sawan buat kali kedua dalam tempoh empat hari selepas rebah dalam aksi persahabatan menentang Heidenheim, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Musiala menerusi Instagram menjelaskan beliau mengalami episod sawan ketiadaan singkat akibat gangguan neurologi dan menegaskan dia baik-baik sahaja.
  • Keputusan untuk terus bermain dibuat selepas perbincangan dan kelulusan pakar neurologi, tanpa risiko kesihatan lanjut menurutnya.
  • Dia minta privasi tentang kesihatannya; Bayern sudah dimaklumkan dan pengarah sukan Max Eberl berkata Jamal akan beri penjelasan lanjut.

Pemain berusia 23 tahun itu rebah enam minit selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Bayern menang 4-2 dan menerima rawatan sebelum dibantu keluar dari padang.

Musiala kemudian digantikan Cassiano Kiala.

Insiden itu berlaku selepas dia turut rebah ketika kemenangan 3-1 Bayern ke atas RB Leipzig, Sabtu lalu.

Musiala menerusi Instagram tampil menjelaskan beliau mengalami sawan bersifat sementara akibat gangguan saraf neurologi.

“Pertama sekali, saya baik-baik sahaja. Saya amat berterima kasih atas mesej dan sokongan anda.

“Saya faham ramai yang bimbang. Saya ingin menjelaskan keadaan ini. Saya telah didiagnosis mengalami episod sawan ketiadaan yang singkat dan sementara akibat gangguan neurologi,” katanya.

Pemain Bayern Munich, Jamal Musiala

Katanya, keputusan untuk terus bermain dibuat selepas berbincang dengan pakar dan mendapat kelulusan pakar neurologi, selain tiada risiko kesihatan lanjut..

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan ini. Secara keseluruhan, saya berasa sangat positif dan berada di landasan yang betul,” katanya.

Musiala turut meminta orang ramai menghormati privasinya dan tidak berkongsi maklumat mengenai keadaan kesihatannya selain dengan keluarga terdekat, kelab dan pakar perubatan.

Sementara itu, pengarah sukan Bayern Munich, Max Eberl berkata kelab berkenaan sudah mengetahui keadaan Musiala dan pemain itu sendiri akan memberikan penjelasan lanjut.

“Kami sudah mengetahuinya dan sedar mengenai situasi ini. Jamal akan bercakap mengenainya,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.