
KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Satu lagi gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 melanda Rantau Flores, Indonesia pada 11.48 pagi ini.
- Gempa 5.1 magnitud berlaku pada 11.36 pagi, menurut METMalaysia.
- Kedalaman gempa 76 kilometer dengan koordinat 8.6 darjah Selatan, 121.2 darjah Timur.
- Pusat gempa kira-kira 271 kilometer timur dari Bima, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 51 kilometer, dengan koordinat 8.4 darjah Selatan dan 121.3 darjah Timur.
Pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 285 kilometer timur dari Bima, Indonesia.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Ini merupakan kejadian gempa bumi ketiga yang direkodkan di Rantau Flores hari ini.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 berlaku pada 8.46 pagi, manakala gempa bermagnitud 5.1 dikesan pada 11.36 pagi.
Sebelum ini, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 turut dikesan di Laut Flores, Indonesia pada 9.38 malam tadi.