Labuan Bird Fest 2026 tarik lebih 4,000 pengunjung

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak (tengah) – Foto FB BES Labuan

LABUAN, 16 Ogos – Taman Burung Labuan merekodkan lebih 45,00 pengunjung pada tahun lepas, termasuk lebih 1,700 pengunjung antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memperuntuk RM1.89 juta untuk pagar dan RM473,000 bagi naik taraf sangkar serta penyelenggaraan bangunan.
  • Taman Burung Labuan berperanan sebagai pusat pemuliharaan, pendidikan dan ekopelancongan berasaskan burung serta biodiversiti.
  • Labuan Bird Fest 2026 menarik lebih 4,000 pengunjung, melebihi sasaran awal dan meningkatkan kesedaran serta keterlibatan komuniti.

Sekali gus, membuktikan daya tarikan unik dan potensi besar yang dimiliki sebagai satu-satunya taman burung di Borneo.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan sedia ada.

Ini termasuk RM1.89 juta untuk penambahbaikan pagar serta RM473,000 untuk projek penyelenggaraan dan naik taraf sangkar dan bangunan.

Beliau berkata, Taman Burung Labuan mempunyai nilai sejarah tersendiri sebagai landskap pemuliharaan, pendidikan dan ekopelancongan berasaskan burung dan biodiversiti.

Penganjuran Labuan Bird Fest 2026 selama dua hari bermula Sabtu merupakan usaha berterusan bagi memperkenal dunia avifauna kepada masyarakat.

“Kita mahu penduduk memberi idea baru kalau ada program dan aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama. Jadi ini akan
memberi impak yang lebih besar kerana mereka akan menjadi duta untuk bercerita mengenai taman burung ini supaya lebih ramai lagi orang akan berminat untuk datang.

“Jadi, kita perlu meningkatkan usaha untuk membawa lebih ramai orang datang ke Taman Burung Labuan. Sebab itu, saya mahu menjadikan ia sebagai tarikan utama, ” tambahnya lagi.

Sementara itu, Labuan Bird Fest menarik kehadiran lebih 4,000 pengunjung, sekali gus melebihi sasaran awal 1,000 pengunjung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.