DAP nilai pencapaian untuk hala tuju seterusnya – Gobind Singh

Foto FB TEO NIE CHING

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Selepas tiga tahun setengah bersama dalam Kerajaan Perpaduan, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata sudah tiba masanya pencapaian pentadbiran dinilai bagi menentukan hala tuju seterusnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penilaian perlu menilai sama ada pembaharuan setakat ini mencukupi dan mengenal langkah tambahan yang perlu diambil.
  • Kerajaan campuran terdiri daripada parti berbeza; tumpuan harus pada perkara dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.
  • Kestabilan politik dianggap kekuatan penting, membolehkan kerajaan bergerak ke hadapan dan memperkukuh kehadiran Malaysia di pentas antarabangsa.
  • Kerajaan mengakui masih terdapat masalah dan mesti terus memberi tumpuan terhadap usaha pembaharuan.

Beliau berkata penilaian itu perlu melihat sama ada pembaharuan yang dibawa setakat ini mencukupi, selain langkah yang masih perlu diambil.

“Selepas tiga tahun setengah, ada keperluan untuk kita semua menimbang kejayaan atau kelemahan yang kita telah lalui dalam masa lalu. Hari ini, kita ada satu tanggungjawab… iaitu untuk kita membuat keputusan berkaitan dengan jejak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Gobind menambah Kerajaan Perpaduan dibentuk daripada parti berbeza yang masing-masing mempunyai manifesto dan cadangan tersendiri.

Namun, dalam sebuah kerajaan campuran, tumpuan perlu diberikan kepada perkara yang dapat dipersetujui bersama antara semua parti untuk dilaksanakan.

Beliau turut berpandangan masih banyak langkah perlu diambil dalam meneruskan agenda pembaharuan.

“Kestabilan politik disifatkan sebagai antara kekuatan yang dicapai, sekali gus membolehkan kerajaan bergerak ke hadapan dan kestabilan itu turut membolehkan Malaysia meningkatkan kehadirannya di peringkat antarabangsa,” jelas beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat masalah yang perlu ditangani dan kerajaan perlu terus memberi perhatian terhadap usaha pembaharuan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.