JBPM Sabah tingkat kesiapsiagaan hadapi El Nino hingga awal 2027

Hanya kira-kira 20 peratus anggota dibenarkan bercuti atau berkursus pada satu-satu masa

KOTA KINABALU, 13 Ogos – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dan aset bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga awal 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan anggota sentiasa siap siaga dan aset serta peralatan operasi berada pada tahap terbaik.
  • Hanya kira-kira 20 peratus anggota dibenarkan bercuti atau menghadiri kursus pada satu masa untuk kekuatan operasi mencukupi.
  • Langkah penting bagi memastikan tindak balas pantas sekiranya berlaku peningkatan insiden kebakaran sepanjang musim kemarau.
  • Perhebat kempen pencegahan kebakaran terbuka melalui turun padang ke perumahan, rumah ibadat, balai raya dan kawasan berhampiran hutan.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah, PPjB Lizalman Abu berkata, tumpun utama ketika ini adalah memastikan anggota berada dalam keadaan siap siaga, manakala semua aset dan peralatan operasi berada pada tahap terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

“Bagi memastikan kekuatan operasi sentiasa mencukupi, hanya kira-kira 20 peratus anggota dibenarkan bercuti atau menghadiri kursus pada satu-satu masa.

“Langkah ini penting bagi memastikan JBPM mampu bertindak pantas sekiranya berlaku peningkatan insiden kebakaran sepanjang musim kemarau,” katanya kepada RTM.

Pada masa sama, JBPM Sabah turut memperhebat kempen pencegahan kebakaran terbuka menerusi pendekatan turun padang dengan memberi penerangan secara terus kepada komuniti.

Kempen berkenaan dilaksanakan di kawasan perumahan, rumah ibadat, balai raya serta kawasan berhampiran hutan dan belukar.

Usaha itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah pencegahan kebakaran, khususnya ketika keadaan cuaca panas dan kering.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.