
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
- Akan mengikuti perbahasan berkenaan secara dekat bagi memastikan amanah institusi umat Islam terus dipelihara.
- Keadaan kesihatan semakin baik; akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.
- Mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan sempena ulang tahun kelahiran.
Setiausaha Akhbar Kanan beliau, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri yang sedang menjalani rawatan akan mengikuti perbahasan berkenaan secara dekat bagi memastikan amanah institusi umat Islam itu terus dipelihara.
“Beliau turut mendoakan agar persidangan khas itu berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Tunku Nashrul, keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar semakin baik dan akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.
Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, serta atas ucapan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 pada Isnin.