Runtuhan lombong emas Sukari ragut 1 nyawa, 5 cedera

Lombong emas Sukari di Mesir – Foto fail

KAHERAH, 10 Ogos – Runtuhan tanah yang berlaku dalam lombong emas terbesar di Mesir meragut satu nyawa pekerja dan mencederakan lima yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi perlombongan dihentikan sementara untuk membolehkan siasatan dilakukan.
  • Insiden berlaku dalam satu seksyen terowong bawah tanah lombong emas Sukari di timur Mesir.
  • Pekerja yang cedera dibawa ke hospital di Marsa Alam dan dinilai stabil menurut penilaian perubatan awal.
  • Menteri mengarahkan pembentukan jawatankuasa siasatan untuk tentukan punca, nilai keselamatan dan syor langkah pencegahan.

Operasi perlombongan di kawasan terjejas juga dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Kementerian Petroleum dalam kenyataan memaklumkan, insiden terbabit berlaku dalam satu seksyen tewowong bawah tanah lombong emas Sukari, di timur Mesir.

Para pekerja yang cedera digegaskan ke hospital di bandar Marsa Alam, dekat Laut Merah. Menurut kementerian, penilaian awal perubatan mendapati keadaan mereka stabil.

“Menteri Petroleum, Karim Badawy mengarahkan pembentukan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat insiden terbabit, menentukan punca, penilai prosedur keselamatan dn kesihatan di lombong serta memberi syor langkah-langkah bagi mengelak insiden sama daripada berulang,” menurut kenyataan itu lagi.

Terletak kira-kira 30 kilometer dari barat daya Marsa Alam, lombong Sukari dikendalikan oleh Sukari Gold Mines Company, sebuah syarikat usaha sama antara kerajaan Mesir dengan AngloGold Ashanti, yang mengambil alih lombong itu daripada syarikat operator terdahulu, Centamin, pada 2024.

Lombong terbabit mengeluarkan kira-kira 500,000 auns emas, setahun dan menyumbang ratusan juta dolar setahun kepada ekonomi Mesir.

Ia turut dilihat sebagai projek utama dalam usaha kerajaan memperluaskan sektor perlombongan serta menarik pelaburan asing.

Insiden dalam sektor perlombongan jarang berlaku di Mesir dengan aktiviti perlombongan moden berskala besar sebahagian besarnya tertumpu di lombong emas Sukari. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.