Hong Kong catat suhu tertinggi 36.9 darjah celsius

Foto REUTERS

HONG KONG, 9 Ogos – Suhu di Hong Kong mencecah 36.9 darjah Celsius setakat 3.30 petang Ahad, iaitu suhu tertinggi sejak bandar raya itu mula merekodkan data meteorologi pada 1884, menurut Balai Cerap Hong Kong, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aliran udara menurun di pinggir Taufan Dolphin menyebabkan cuaca panas terik di Hong Kong.
  • Keadaan sangat panas dijangka berterusan beberapa hari lagi.
  • Suhu mungkin melebihi 37 darjah Celsius di beberapa kawasan.
  • Taufan Dolphin melanda wilayah Zhejiang di pantai timur China pada petang Ahad.

Balai cerap itu memaklumkan, cuaca panas terik berkenaan berpunca daripada aliran udara menurun di bahagian pinggir Taufan Dolphin.

Keadaan cuaca yang sangat panas itu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi, dengan suhu berkemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

Taufan Dolphin melanda wilayah Zhejiang di pantai timur China pada petang Ahad.- BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.