
SUNGAI UDANG, 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan beberapa pengumuman bakal diumumkan pada malam ambang merdeka, 31 Ogos ini, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur mampu memberi kelegaan kepada rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri memberi bayangan beberapa pengumuman pada ambang Merdeka yang boleh melegakan rakyat.
- Pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober dijangka membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.
- Perdana Menteri memaklumkan perkara itu semasa program Semarak Kemerdekaan di Kem Terendak.
Datuk Seri Anwar berkata, selain pengumuman berkenaan, pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober depan turut dijangka membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.
“Doakan kepada Allah SWT semoga kita diberi kekuatan. Pada ambang Merdeka nanti, saya mungkin akan membuat beberapa pengumuman yang boleh melegakan rakyat. Begitu juga dalam pembentangan Belanjawan pada Oktober tahun ini,” katanya.
Perdana Menteri memaklumkan perkara itu semasa program Semarak Kemerdekaan di Kem Terendak,
di sini hari ini.