Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang: Semarak semangat patriotisme rakyat

Foto BERNAMA

IPOH, 7 Ogos – Program Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang dilancarkan di 12 daerah di Perak mulai hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menggalakkan orang ramai menggantung Jalur Gemilang di kediaman, sekolah dan pejabat untuk memupuk semangat patriotisme.
  • Jelajah disokong lebih 100 peserta serta melibatkan 46 kenderaan agensi dan kelab motosikal bagi menjayakan program.
  • Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Negeri Perak menawarkan hadiah keseluruhan RM52,500 bagi menggalakkan penyertaan komuniti.

Inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Perak ini bertujuan menggalakkan orang ramai menyemarakkan lagi semangat patriotisme dengan menggantung Jalur Gemilang di pelbagai premis termasuk kediaman, sekolah dan pejabat.

Pengarah Penerangan Perak, Azrul Hasan berkata sebanyak 46 buah kenderaan terdiri daripada pelbagai agensi dan kelab motosikal terlibat dalam menjayakan jelajah ini.

“Lebih 100 orang terlibat pada hari ini dan kita mendapat sokongan daripada beberapa agensi kenderaan dan juga kelab motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Program Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di sini.

Selain itu, penganjuran Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Negeri Perak tahun 2026 turut dianjurkan dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM52,500.00.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.