AS kenakan tarif 15% produk polisilikon, solar bermula Disember

Foto AFP

WASHINGTON, 7 Ogos – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan harga import minimum serta tarif sebanyak 15 peratus ke atas produk berasaskan polisilikon iaitu bahan utama dalam pembuatan panel solar dan semikonduktor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah perdagangan baharu ini berkuat kuasa pada 4 Disember.
  • Harga import minimum ditetapkan AS$21 sekilogram polisilikon, AS$100 sekilogram jongkong dan wafer.
  • Jabatan Perdagangan diarahkan merangka program galak pelaburan pengeluaran domestik polisilikon dan produk hiliran.
  • Tindakan bertujuan mewujudkan persaingan adil, menggalakkan pemindahan semula industri serta melindungi keselamatan nasional dan asas industri pertahanan.

Langkah perdagangan baharu ini berkuat kuasa pada 4 Disember depan.

Berdasarkan pengumuman White House, harga import minimum tersebut ditetapkan pada kadar AS$21 (kira-kira RM93) sekilogram bagi polisilikon dan AS$100 (kira-kira RM443) sekilogram bagi jongkong serta wafer polisilikon.

Selain itu, Trump turut mengarahkan Jabatan Perdagangan AS untuk merangka program khas bagi menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran domestik polisilikon mentah dan produk hiliran berkaitan.

“Tindakan penstabilan perdagangan ini bertujuan mewujudkan medan persaingan yang adil bagi pengeluar barangan strategik AS sekali gus menggalakkan pemindahan semula industri tersebut ke dalam negara.

Langkah ini juga disifatkan penting bagi melindungi keselamatan nasional serta pangkalan industri pertahanan AS,” jelas White House.

Data menunjukkan penguasaan AS dalam kapasiti pengeluaran polisilikon global merosot secara drastik daripada 50 peratus pada 2005 kepada kurang 2 peratus pada 2024.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.