
GLASGOW, 3 Ogos – Pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menutup saingan acara keirin wanita Sukan Komanwel Glasgow 2026 di kedudukan ke-10 keseluruhan.
- Dalam final penentuan tempat 7 hingga 12, Nurul Izzah menamatkan tempat keempat, 0.290 saat di belakang pemenang Olivia King.
- Liliya Tatarinoff dari Australia di tempat kedua, manakala Georgette Rand dari England tempat ketiga dalam final itu.
- Dalam final perebutan pingat, Emma Finucane raih emas, Ellesse Andrews perak dan Kristina Clonan gangsa.
Dalam final penentuan tempat ketujuh hingga ke-12 di Velodrom Sir Chris Hoy, di sini, semalam, Nurul Izzah menamatkan perlumbaan di tempat keempat, 0.290 saat di belakang wakil New Zealand, Olivia King yang muncul pemenang.
Pelumba Australia, Liliya Tatarinoff berada di tempat kedua, manakala Georgette Rand dari England melengkapkan kelompok tiga teratas perlumbaan itu.
Dalam final perebutan pingat, Emma Finucane dari Wales tampil juara untuk meraih emas, diikuti Ellesse Andrews dari New Zealand dengan perak dan Kristina Clonan dari Australia membawa pulang gangsa.
Nurul Izzah sebelum ini turut mencatat keputusan memberangsangkan dalam acara pecut wanita apabila menamatkan saingan di tempat keempat.