Aset rizab rasmi Jun 2026 berjumlah AS$132.56 bilion – BNM

Aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$8.65 bilion.

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$132.56 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.54 bilion pada akhir bulan Jun 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aliran keluar jangka pendek dikenal pasti sebanyak AS$8.65 bilion termasuk pembayaran balik pinjaman luar negeri dan kematangan Bil Antara Bank BNM.
  • Kedudukan jualan hadapan bersih ialah AS$27.18 bilion pada akhir Jun, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
  • Unjuran aliran masuk mata wang asing untuk 12 bulan akan datang berjumlah AS$2.98 bilion.
  • Jaminan Kerajaan terhadap hutang luar negeri matang dalam setahun AS$846.4 juta; rizab antarabangsa tetap boleh guna menurut format IMF.

Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan untuk tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$8.65 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek itu termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

”Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$27.18 bilion pada akhir bulan Jun, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

”Sejajar dengan amalan yang diguna pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek,” menurut BNM dalam Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan Jun 2026, hari ini.

Menurut BNM, unjuran aliran masuk mata wang asing ini berjumlah AS$2.98 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

”Sementara itu, jaminan Kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$846.4 juta.

”Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan Jun 2026 tetap boleh guna,”jelas BNM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.