
BALIK PULAU, 31 Julai – Dua warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 147.188 kilogram dadah jenis methamphetamine, dua minggu lepas.
- Didakwa mengedar 113.776 kg methamphetamine dan 33.412 kg cecair meth di perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada 17 Julai.
- Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2).
- Tertuduh mengaku faham; tiada pengakuan direkod kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Sebutan semula 30 September.
Kedua-dua tertuduh mengaku faham atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting dan tiada pengakuan daripada mereka memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pendakwaan bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 113.776 kilogram di kawasan perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, pada pukul 17 Julai lepas kira-kira pukul 7.15 malam.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengedar dadah jenis cecair methamphetamine seberat 33.412 kilogram di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.
Sebutan semula kes ditetapkan 30 September ini.