Empat kakitangan RTM terima pingat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis

Ulang Tahun Keputeraan ke-83 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

ARAU, 31 Julai – Empat kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara 125 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-83 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Arau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Izuani Abdul Wahab dan Mohd Izani Ibrahim dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
  • Sajaratuldura Mohd Saad dan Sazali Ahmad menerima Pingat Jasa Baik (PJB).
  • Tuanku Syed Sirajuddin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan; ia sesi kali ketiga dan terakhir tahun ini.
  • Keseluruhan anugerah: 7 Darjah Seri Sirajuddin, 8 Darjah Ahli Mahkota, 32 Pingat Mahkota, 28 PJK, 43 PJB, 7 Pingat Perkhidmatan Lama.

Penyelia Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Perlis, Izuani Abdul Wahab dan Penolong Jurutera RTM Perlis yang kini bertugas di RTM Langkawi, Mohd Izani Ibrahim menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Dua lagi petugas RTM Perlis iaitu Penolong Jurutera, Sajaratuldura Mohd Saad dan Juruhebah Perlisfm, Sazali Ahmad menerima Pingat Jasa Baik (PJB).

Secara keseluruhan, seramai tujuh orang dikurniakan Darjah Seri Sirajuddin Perlis, lapan orang Darjah Ahli Mahkota Perlis, 32 orang Pingat Mahkota Perlis, 28 orang PJK, 43 orang PJB dan tujuh orang Pingat Perkhidmatan Lama.

Penganugerahan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap jasa, pengorbanan serta sumbangan cemerlang mereka dalam memacu pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan Negeri Perlis.

Empat kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara 125 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perlis kali ke-3 dan sesi yang terakhir tahun ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail serta anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.