Tiada kaum dipinggirkan dalam agenda kerajaan – PM

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 29 Julai – Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh perpaduan nasional dengan memastikan setiap kaum di negara ini menikmati peluang pembangunan secara adil dan saksama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perluasan akses matrikulasi untuk pelajar cemerlang.
  • Bantuan pembiayaan untuk usahawan komuniti India melalui TEKUN, Amanah Ikhtiar dan skim jaminan pembiayaan.
  • Gesaan menolak politik perkauman demi memastikan kestabilan dan kemajuan negara.
  • Program Sesi Rahmah disertai lebih 3,000 masyarakat India, memperkukuh dialog kerajaan dengan komuniti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum, sebaliknya melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Antara usaha dibuat termasuk peluasan akses matrikulasi kepada pelajar cemerlang, bantuan pembiayaan kepada usahawan masyarakat India melalui TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia serta skim jaminan pembiayaan.

“Negara ini terlalu penting untuk kita semua, sama ada orang Melayu, Cina, India mahupun rakyat Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak boleh membiarkan naratif serta polemik perkauman terus berlarutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Ramah Mesra Bersama PMX yang dihadiri lebih 3,000 masyarakat India di Seremban, hari ini.

Beliau turut menggesa rakyat menolak politik perkauman demi memastikan kestabilan dan kemajuan negara terus terpelihara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.