Tujuh bidang pengajian tarik minat belia ke IKBN Kuala Perlis

Foto RTM

KUALA PERLIS, 28 Julai – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis yang menyediakan tujuh bidang pengajian kini menjadi destinasi pilihan dalam kalangan belia lepasan SPM bagi mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kursus ditawarkan termasuk teknologi marin, automotif, penyelenggaraan kenderaan perdagangan, kereta, jentera berat, semburan cat, lukisan senibina dan scaffolding.
  • Program Teknologi Marin satu-satunya di IKBN ini menyediakan platform digital sepenuhnya selari Revolusi Perindustrian 4.0.
  • Kerjasama strategik dengan lebih 10 syarikat meningkatkan latihan industri dan kebolehpasaran graduan melebihi 93 peratus.

Menurut Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zaliha Abu Bakar, bagi kemasukan Julai ini, seramai 150 belia dari seluruh negara telah memilih untuk mengikuti pengajian di IKBN Kuala Perlis dan telah mendaftar bagi kemasukan baharu pagi semalam.

“Kursus yang ditawarkan termasuklah teknologi marin, teknologi automotif, penyelenggaraan kenderaan perdagangan, penyelenggaraan kereta, penyelenggaraan jentera berat dan semburan cat, kejuruteraan awam bagi lukisan senibina dan scaffolding.

“Bagi Teknologi Marin, IKBN Kuala Perlis satu-satunya IKBN yang menawarkan kursus berkenaan dengan menyediakan platform digital sepenuhnya, seiring perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya menerusi kenyataan.

IKBN Kuala Perlis akan terus memperkasakan latihan kemahiran yang memenuhi keperluan industri semasa melalui penyediaan pelbagai kemudahan terkini bagi melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi.

Di samping itu, kerjasama strategik dengan lebih 10 syarikat ternama dalam pelaksanaan latihan industri dan penempatan pekerjaan telah menyumbang kepada kadar kebolehpasaran graduan yang kini mencapai 96.41 peratus.

Selain urusan pendaftaran rasmi, penempatan asrama serta penyerahan barangan keperluan kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga turut menghadiri sesi taklimat khas yang disediakan oleh pihak IKBN Kuala Perlis.

Bagi memeriahkan suasana hari pendaftaran serta menyokong pembangunan keusahawanan belia, program turut diserikan dengan Jualan Agro-TVET, deretan trak makanan, dan gerai-gerai usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk serta makanan kepada para pengunjung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.