Roket milik China disambar petir ketika dilancarkan

Foto: Reurters

BEIJING, 27 Julai- Sebuah roket Long March-3B milik China berjaya meneruskan misi pelancaran satelit komunikasi Tianlian II-06 meskipun disambar petir sejurus selepas berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan pada Khamis lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman tular menunjukkan pelancaran dalam cuaca ribut dan panahan petir, mencetuskan reaksi cemas penonton.
  • Insiden petir tidak menjejaskan prestasi; satelit berjaya mencapai orbit pemindahan geopegun seperti dirancang.
  • Satelit berfungsi sebagai sistem geganti komunikasi untuk menyokong Stesen Angkasa Tiangong dan misi angkasa lepas berawak masa depan.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memperlihatkan roket itu dilancarkan dalam keadaan cuaca ribut sebelum satu panahan petir menyambar ketika ia sedang mendaki ke angkasa, sekali gus mengundang reaksi cemas penonton yang menyaksikan pelancaran tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan, insiden berkenaan tidak menjejaskan prestasi roket yang berjaya menghantar satelit Tianlian II-06 ke orbit pemindahan geopegun seperti dirancang.

Satelit itu akan berfungsi sebagai sistem geganti komunikasi bagi menyokong operasi Stesen Angkasa Tiangong, selain meningkatkan keupayaan komunikasi untuk misi angkasa lepas berawak China pada masa hadapan.

Kejayaan pelancaran itu turut menunjukkan keupayaan sistem pelancaran China beroperasi dalam keadaan cuaca mencabar tanpa menjejaskan objektif misi. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.