Hernandez kembali ke Honduras selepas pengampunan Trump

Foto REUTERS

COMAYAGUA, 27 Julai – Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez, kembali ke Honduras pada Ahad, lapan bulan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberinya pengampunan ketika beliau sedang menjalani hukuman penjara 45 tahun di AS atas kesalahan pengedaran dadah dan senjata.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekas presiden Honduras Juan Orlando Hernandez tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palmerola dan disambut keluarga termasuk ibu, anak perempuan, isteri Ana Garcia.
  • Ratusan penyokong parti hadir di lapangan terbang meraikan kepulangan Hernandez.
  • Hernandez dijadual hadir ke mahkamah pada 3 Ogos atas tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram; beliau akan mohon kes digugurkan.

Hernandez, yang memegang jawatan presiden selama dua penggal berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2022, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palmerola, kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Tegucigalpa, menaiki pesawat persendirian.

Beliau disambut oleh beberapa ahli keluarga termasuk ibunya, anak perempuan, serta isterinya, Ana Garcia.

Selain ahli keluarga, Hernandez turut disambut oleh ratusan penyokong parti yang hadir bagi meraikan kepulangannya.

Beliau kemudian menaiki penerbangan seterusnya ke Lapangan Terbang Toncontin di Tegucigalpa.

Hernandez dijadualkan hadir ke mahkamah pada 3 Ogos ini bagi menghadapi pertuduhan penipuan dan pengubahan wang haram.

Dalam satu temu bual bersama REUTERS, Hernandez, 57, berkata beliau akan memohon agar kesemua pertuduhan terhadapnya digugurkan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.