Iran akui berdepan ‘perang berskala penuh’ dengan AS

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata negaranya kini berdepan “perang berskala penuh” dengan Amerika Syarikat/Foto AFP

TEHRAN, 20 Julai – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyifatkan konflik antara negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) kini sebagai “perang berskala penuh” dan menggesa rakyat bersedia menghadapi kesan daripada konflik tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Presiden menyeru Tehran bersikap realistik dan menerima implikasi penentangan yang dihadapi.
  • Cabaran utama melibatkan ekonomi dan kehidupan rakyat, bukan hanya konflik; tekanan ekonomi boleh menjejaskan sokongan terhadap kerajaan.
  • Inflasi hampir 90% pada Jun, protes Disember-Januari memuncak; kerajaan lapor lebih 3,000 kematian, NGO anggap angka lebih tinggi.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden Iran, Pezeshkian berkata Tehran perlu bersikap realistik serta menerima implikasi daripada penentangan yang sedang dihadapi negara itu.

Beliau berkata, cabaran terbesar ketika ini bukan hanya melibatkan konflik, malah ekonomi dan kehidupan rakyat.

Katanya, tekanan ekonomi yang berterusan berisiko mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat sekali gus menjejaskan sokongan terhadap kerajaan.

Inflasi di Iran dilaporkan meningkat hampir 90 peratus pada Jun susulan konflik yang berlaku, manakala angka rasmi bagi Julai masih belum diumumkan.

Pada penghujung Disember lalu, bantahan yang pada awalnya tercetus akibat peningkatan kos sara hidup bertukar menjadi demonstrasi antikerajaan yang memuncak pada 8 dan 9 Januari.

Pihak berkuasa Iran melaporkan lebih 3,000 kematian dalam insiden berkenaan dan mendakwa keganasan itu didalangi Amerika Syarikat serta Israel.

Bagaimanapun, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di luar negara menganggarkan angka korban sebenar jauh lebih tinggi.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.