Amaran ribut petir, hujan lebat melibatkan sembilan negeri sehingga 1 pagi

Sembilan negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak / Foto FB MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga 1 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran melalui hantaran di Facebook.
  • Amaran melibatkan seluruh negeri Melaka serta kawasan di Kedah dan Perak termasuk Baling dan Hulu Perak.
  • Beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak turut disenaraikan.

Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan amaran melibatkan seluruh negeri Melaka, Kedah (Baling), Perak (Hulu Perak) serta Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Negeri lain yang turut terkesan masing-masing, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).

“Turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama melibatkan beberapa kawasan di Johor, iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru,”menurut hantaran berkenaan.

Sementara itu, kawasan yang terlibat di Sabah adalah Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.