
JOHOR BAHRU, 10 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru pengundi muda supaya bangun awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri menyeru pengundi muda menggunakan kuasa undi mereka.
- Beliau menghadiri Festival Muzik Johor Bahru sebelum menyampaikan ucapan ringkas.
- Beliau menasihatkan golongan muda mengekalkan persahabatan dan keharmonian, elakkan ruang bagi golongan pelampau.
“Gunakan kuasa anda sebagai anak muda dengan sebaik-baiknya dan keluar mengundi lebih awal esok,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Festival Muzik Johor Bahru di sini.
Beliau turut menasihatkan golongan muda agar mengekalkan semangat persahabatan dan keharmonian, sekali gus tidak memberi ruang kepada golongan pelampau untuk memecahbelahkan masyarakat.