Remaja perempuan didakwa tikam pelajar sekolah

Mahkamah Majistret Telok Datok / BERNAMA

KUALA LANGAT, 10 Julai– Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok atas pertuduhan menikam seorang pelajar sekolah menengah di Banting, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.
  • Tiada pengakuan direkodkan di mahkamah.
  • Mahkamah memerintahkan remaja dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk penilaian dan rawatan sebulan.
  • Sebutan semula ditetapkan pada 11 Ogos; remaja sebelum itu direman empat hari bermula 7 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh di Mahkamah Telok Datok di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah kemudian memerintahkan remaja itu dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan bagi menjalani penilaian dan rawatan selama sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, remaja berkenaan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.32 pagi dengan dikawal ketat anggota polis.

Remaja itu sebelum ini direman selama empat hari bermula 7 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 6 Julai lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.