
ANKARA, 9 Julai – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas Iran bagi memastikan laluan perkapalan di Selat Hormuz kekal terbuka.
- Serangan itu mencetuskan tindak balas Iran ke atas Kuwait dan Bahrain, meningkatkan ketegangan di Asia Barat.
- Perunding tertinggi Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, memberi amaran Tehran akan bertindak balas terhadap sebarang serangan Washington.
- Qalibaf menegaskan Selat Hormuz hanya akan dibuka semula mengikut pengaturan Iran, bukan hasil tekanan atau ugutan AS.
Serangan itu mencetuskan tindak balas Iran ke atas Kuwait dan Bahrain, sekali gus meningkatkan ketegangan di Asia Barat.
Perunding tertinggi Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, memberi amaran bahawa Tehran akan bertindak balas terhadap sebarang serangan Washington.
Beliau turut menegaskan Selat Hormuz hanya akan dibuka semula mengikut pengaturan Iran, bukannya melalui tekanan atau ugutan AS.
Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump, ketika ditanya sama ada memorandum berkenaan masih berkuat kuasa, beliau menganggap ia telah berakhir.
“Bagi saya, ia sudah berakhir. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan mereka,” katanya sebelum menghadiri sidang kemuncak NATO di Turkiye. – Reuters