Manfaat teknologi perkenal seni kaligrafi kepada generasi muda

Foto BERNAMA 

GEORGE TOWN, 7 Julai – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), platform digital dan media kreatif wajar dimanfaatkan agar dapat memperluas dan memperkenalkan seni kaligrafi kepada generasi muda supaya warisan budaya itu terus dipelihara dan kekal relevan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan seni kaligrafi berkembang seiring perubahan era tanpa mengorbankan nilai tradisi dan identiti budaya.
  • Festival Kaligrafi Perpaduan mengukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia.
  • Kaligrafi, termasuk khat Jawi, Cina dan Tamil, mencerminkan nilai sejarah, kehalusan budaya dan jati diri etnik.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pendekatan berkenaan penting untuk memastikan seni kaligrafi terus berkembang seiring perkembangan teknologi tanpa mengorbankan nilai tradisi yang menjadi identitinya.

“Festival Kaligrafi Perpaduan yang membawa makna besar dalam konteks keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Ini merupakan tahun kedua dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

“Seni kaligrafi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam sejarah peradaban manusia sama ada seni khat Jawi, kaligrafi Cina, Tamil mahupun pelbagai bentuk tulisan tradisional yang mencerminkan kehalusan budaya, pemikiran dan jati diri masyarakat pelbagai etnik di negara ini,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026 di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.