
LONDON, 6 Julai – Pilihan keempat, Jessica Pegula dari Amerika Syarikat mara ke suku akhir buat dua dalam kejohanan Wimbledon selepas bangkit untuk menewaskan rakan senegaranya, Iva Jovic pada pusingan 16 terbaik.
RINGKASAN BERITA AI
- Pilihan keempat Jessica Pegula mara ke suku akhir Wimbledon buat kedua kali.
- Beliau bangkit selepas tewas set pertama untuk menewaskan rakan senegara Iva Jovic.
- Menang dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-1.
- Dijadual bertemu pemain Switzerland Belinda Bencic dalam aksi seterusnya.
Pemain berusia 32 tahun itu menggunakan pengalamannya menundukkan pemain remaja tersebut, 4-6, 6-3, 6-1 dan dijadual bertemu pemain Switzerland, Belinda Bencic dalam aksi seterusnya.
Pegula yang belum pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam beraksi dalam pusingan suku akhir di All England Club pada 2023 yang menyaksikan dia tewas kepada Marketa Vondrousova pada perebutan juara. – AFP