Tiada negeri terkecuali dalam agenda pembangunan negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Program Jalinan Mesra PMX Bersama Belia Johor sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR). Foto/Bernama

JOHOR BAHRU, 4 JULAI – Kerajaan MADANI tidak pernah mengecualikan mana-mana negeri dalam pelaksanaan agenda pembangunan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Johor kini tumpuan utama pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.
  • Kerajaan semasa memilih Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai fokus pembangunan.
  • JS-SEZ dijangka membuka lebih banyak peluang meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat seluruh negara.
  • Kejayaan pembangunan diukur melalui kesejahteraan rakyat dan peluang pekerjaan terutama untuk belia.

Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Johor juga tidak terkecuali, malah kini menjadi antara tumpuan utama pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

“Tapi saya nak beritahu, kita tak pernah abaikan mana-mana negeri. Tapi kebetulan Johor, kita dah pilih. Bukan kerajaan dulu, bukan parti-parti dulu, ini kerajaan yang memerintah sekarang yang pilih Johor-Singapura Economic Zone,” katanya ketika berucap sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor di Taman Melor, Tampoi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar berkata, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berupaya membuka lebih banyak peluang kepada rakyat di seluruh negara untuk meningkatkan pendapatan serta taraf hidup.

“Kejayaan pembangunan negara tidak hanya diukur melalui projek mega seperti pencakar langit, gedung besar atau jambatan panjang, sebaliknya melalui kemampuan kerajaan menjamin kesejahteraan rakyat serta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

“Yang pentingnya, apa dia manfaat bagi belia? Kita ada peluang pekerjaan yang baru. Kita nak tentukan peluang pekerjaan itu dapat menjamin pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.