
JOHOR BAHRU, 4 JULAI – Pemimpin agama digesa menjadi agen perpaduan, memupuk toleransi dan kematangan demi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta
agama terpelihara.
- Perdana Menteri menegaskan negara tidak boleh beri ruang kepada sentimen perkauman untuk berkembang.
- Pemimpin agama seperti mufti, ketua gereja dan pemimpin Hindu perlu menyemai nilai agama, budaya dan moral masyarakat.
- Seruan mengukuhkan nilai kemanusiaan untuk membendung gejala ekstremisme dan meneguhkan perpaduan semua kaum serta agama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia sebagai salah satu negara paling selamat di dunia tidak boleh memberi ruang kepada sentimen perkauman berkembang.
Oleh sebab itu pemimpin agama seperti mufti, ketua gereja dan pemimpin Hindu harus memainkan peranan untuk menyemai nilai agama, budaya serta moral masyarakat.
“Kita tidak terlepas daripada akar hidup kita. Hidup beragama, hidup berbudaya. Terima kenyataan bahawa masyarakat islam adalah majoriti di negara ini. Tetapi kita hidup bertapak di Tanah Melayu.
“Sekarang dengan ikrar yang jelas bahawa negara ini mesti bersama, maju meningkat dan cemerlang sebagai satu kesatuan semua kaum dan agama di negara ini,” ujarnya pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di sini
Perdana Menteri pada masa sama, menyeru masyarakat mengukuhkan nilai kemanusiaan bagi membendung gejala ekstremisme.