Kanak-kanak melecur dalam kebakaran di Kunak

Foto JBPM Sabah

KUNAK, 4 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki melecur pada kaki kiri selepas sebuah rumah terbakar di Kampung Kasnuri, di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.20 malam; pasukan sembilan anggota tiba enam minit kemudian.
  • Kebakaran memusnahkan sebuah rumah tidak kekal berukuran 20 x 30 kaki sepenuhnya.
  • Sebuah kereta dan sebuah motosikal dilaporkan musnah terbakar 100 peratus.
  • Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan air; kebakaran dikawal pukul 9.00 malam, operasi tamat 10.17 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.20 malam sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak diarah ke lokasi dan tiba enam minit kemudian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 20 x 30 kaki yang musnah sepenuhnya.

“Sebuah kereta dan sebuah motosikal dilaporkan musnah, masing-masing terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki jentera.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.00 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.17 malam selepas bomba memastikan keadaan selamat.

Kanak-kanak lelaki berkenaan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.