
KUALA LUMPUR, 3 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut perancangan dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
- Segala pengumuman atau pemeteraian pelan induk JS-SEZ mesti dibuat oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.
- Kementerian Ekonomi telah memberi penjelasan berhubung isu JS-SEZ semalam.
- Pelaksanaan projek JS-SEZ akan diteruskan mengikut perancangan yang ditetapkan.
- Menteri Besar Johor menggesa Kerajaan Persekutuan segera mengumumkan Pelan Induk bagi mengekalkan momentum ekonomi.
Menurut Datuk Seri Anwar lagi, sebarang pengumuman atau pemeteraian berkaitan pelan induk JS-SEZ perlu dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.
“Ini projek Kerajaan Persekutuan tentunya dengan kerjasama kerajaan negeri, dan soal nak mengumumkan (atau) tandatangan, itu soal Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini, hari ini.
Beliau berkata, penjelasan berhubung perkara itu telah diberikan oleh Kementerian Ekonomi semalam dan pelaksanaan projek berkenaan akan diteruskan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Semalam Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman Pelan Induk JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Johor terus diperkukuh.