Tabung Kasih@HAWANA terima tambahan RM1 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 / BERNAMA

BUTTERWORTH, 20 Jun– Tabung Kasih@HAWANA menerima tambahan peruntukan RM1 juta bagi memperkukuh bantuan kebajikan kepada pengamal media yang memerlukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menghargai jasa pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
  • Inisiatif diharap memperluas manfaat kepada lebih ramai pengamal media yang berdepan kesukaran.
  • Sehingga kini, 773 pengamal media menerima sumbangan keseluruhan RM2.26 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Menurut beliau, inisiatif tersebut diharap dapat memperluas manfaat Tabung Kasih@HAWANA kepada lebih ramai pengamal media yang berdepan kesukaran.

“Sehingga hari ini, seramai 773 pengamal media seluruh negara menerima sumbangan berjumlah RM2.26 juta.

Kerana kejayaan ini dan semangat ihsan serta kasih, maka Tabung Kasih@HAWANA bagi tahun 2026 diberi peruntukan tambahan RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Mengangkat tema “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti”, Majlis Kemuncak HAWANA 2026 menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara selain wakil delegasi dari Timor-Leste, Kemboja dan Laos.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.