6,000 anggota, veteran ATM terima manfaat program veteran MyWira

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari. Foto RTM

ALOR GAJAH, 14 Jun – Lebih 6,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat daripada program Veteran MyWira sejak ditawarkan pada 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif kerjasama dengan TalentCorp di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk menempatkan veteran dalam sektor swasta dan berteknologi tinggi.
  • 140 veteran berjaya ditempatkan dalam semikonduktor, pembuatan maju, keselamatan, pendidikan dan penerbangan.
  • Penggunaan AI ditekankan untuk memperkasa veteran, dengan penilaian keupayaan dan latihan dua tahun sebelum tamat perkhidmatan.
  • Jelajah Al MyMahir menyasarkan 12,000 peserta melalui pelaksanaan di 60 kawasan seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata inisiatif dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu telah berjaya menempatkan 140 veteran ATM dalam pelbagai sektor termasuk semikonduktor, pembuatan maju, keselamatan, pendidikan dan penerbangan.

“Kita melihat banyak aspek lain tentang penggunaan AI supaya kita boleh mengupayakan veteran kita bukan sahaja dari sudut kesihatan dan kebajikan mereka tetapi paling penting, peningkatan sosio-ekonomi.

“Saya fikir AI penting, kalau dulu kerajaan akan menilai veteran itu apabila tamat perkhidmatan tetapi dua tahun sebelum veteran itu tamat perkhidmatan, kita sudah menilai keupayaan dan latihan apa yang diperlukan untuk industri tertentu,” katanya.

Program Veteran MyWira dilancar bagi memperkukuh kebolehpasaran kerjaya anggota dan veteran ATM dalam pelbagai sektor termasuk industri berteknologi tinggi dan AI selepas mereka menamatkan perkhidmatan.

Adly ditemui pada Majlis Perasmian Jelajah Al MyMahir Edisi Alor Gajah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, di sini.

Jelajah Al MyMahir menyasarkan 12,000 peserta melalui pelaksanaannya di 60 kawasan seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.