Warga emas, pesakit terlantar disantuni menerusi Program Ziarah Kasih Komuniti

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil semasa menyantuni Umi Kalsum Adam (kanan) dan Hussin Tahir (kiri) ketika lawatan Ziarah Kasih Komuniti di Seri Menanti / Foto BERNAMA

SERI MENANTI, 13 Jun – Nasib golongan yang memerlukan di sini, mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi Program Ziarah Kasih Komuniti MADANI.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan menyantuni dua penerima bantuan dan penyerahan sumbangan untuk meringankan beban kehidupan mereka.
  • Umi Kalsum mengalami masalah saraf dan radang mulut kronik yang menjejaskan keupayaan makan, minum serta bertutur.
  • Hussin Tahir bergantung kepada kerusi roda, menghadapi masalah saraf dan pendengaran, memerlukan bantuan mobiliti dan penjagaan harian.
  • Program mengenal pasti isu akar umbi, menyalurkan bantuan serta mengeratkan hubungan pemimpin dan masyarakat untuk komuniti lebih inklusif.

Dalam lawatan program tersebut, beliau berkesempatan menziarahi dua penerima bantuan daripada Komuniti MADANI Gugusan Terachi dan Gugusan Gunung Pasir, sekali gus menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Salah seorang penerima, Umi Kalsum Adam, 70 tahun, kini berdepan masalah saraf dan radang mulut kronik yang menjejaskan keupayaannya untuk makan, minum serta bertutur dengan baik.

Seorang lagi penerima, Hussin Tahir, 92 tahun, mengalami masalah saraf dan pendengaran, selain bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk pergerakan harian.

“Banyak kali apa yang kita usahakan di peringkat persekutuan, macam mana manfaat itu dapat, sampai kepada orang macam Haji Husin dan Puan Umi Kalsum.

Dan selain itu ia memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri keadaan di sini dan ada beberapa perkara yang akan kita bantu kemudian,” katanya selepas menyantuni penerima bantuan pada Program Ziarah Kasih di sini, hari ini.

Menurutnya, program tersebut digerakkan bagi membantu mengenal pasti serta menyelesaikan isu yang dihadapi masyarakat di peringkat akar umbi.

Program berkenaan bukan sahaja menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat dalam usaha membentuk komuniti yang lebih sejahtera, inklusif dan prihatin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.