
WASHINGTON, 12 Jun– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pembatalan serangan yang dirancang terhadap Iran pada Khamis.
- Keputusan dibuat selepas rundingan menunjukkan perkembangan positif.
- Kepimpinan tertinggi Iran memberi persetujuan terhadap perkara yang dibincangkan.
- Proses rundingan melibatkan Arab Saudi, UAE, Qatar, Turkiye, Pakistan, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Mesir.
- Sekatan laut terhadap Iran akan terus dikekalkan sehingga proses dimuktamadkan.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas rundingan melibatkan kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan positif.
Trump berkata, kepimpinan tertinggi Iran memberikan persetujuan terhadap perkara yang dibincangkan dalam rundingan berkenaan.
“Saya telah membatalkan serangan dan pengeboman yang dijadualkan terhadap Iran pada petang ini,” katanya menerusi hantaran di platform Truth Social.
Tambah Trump, perkara utama yang menjadi asas perbincangan turut dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.
Katanya, proses tersebut membabitkan beberapa negara antaranya Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Turkiye, Pakistan, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Mesir.
Bagaimanapun, Trump menegaskan sekatan laut terhadap Iran akan terus dikekalkan sehingga proses berkenaan dimuktamadkan.
Beliau turut memaklumkan masa dan lokasi bagi pemeteraian perjanjian itu akan diumumkan dalam masa terdekat. -REUTERS