Kemunculan dadah ‘Piu Piu’, bukti vape wajar diharamkan segera

Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai “Piu Piu” di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dadah dicampur dalam e-cecair mengandungi Fentanyl dan psikoaktif, menyebabkan khayal melampau kepada pengguna.
  • Sindiket menggunakan vape sebagai medium untuk menyembunyikan pengedaran dadah daripada pihak berkuasa.
  • Vape jadi kebiasaan dalam kalangan remaja; gejala perlu dibendung dari peringkat awal.
  • Pengharaman memerlukan iltizam politik kerana PDRM tidak mempunyai kuasa mutlak; libatkan KKM dan kementerian lain.

​Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dadah berkenaan mengandungi campuran Fentanyl dan bahan psikoaktif yang boleh menyebabkan kesan khayal melampau kepada pengguna.

Pada masa sama penggunaan vape kini semakin tersasar apabila disalahgunakan sindiket pengedaran dadah sebagai medium bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Vape kini semakin menjadi kebiasaan dan dianggap sebagai satu trend dalam kalangan remaja. Justeru, gejala ini perlu dibendung dari peringkat awal.

“Banyak negara telah mengambil langkah mengharamkan penggunaannya, dan Malaysia juga perlu mempunyai iltizam politik yang kuat untuk menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ibu negara.

Isu utama ketika ini bukan lagi berkaitan peluang perniagaan, sebaliknya penyalahgunaan vape yang dicampurkan dengan dadah jenis New Psychoactive Substances (NPS).

Bagaimanapun, beliau menjelaskan PDRM tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengharamkan vape kerana perkara itu turut melibatkan bidang kuasa kementerian lain termasuk Kementerian Kesihatan (KKM).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.